BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 8, 2009

Tak Rasional Langsung!

 Hai...


Sekarang aku tak boleh lelap kan mata. Terdetik nak tulis pasal benda ni. Sekarang ni banyak social website kan contohnya facebook,myspace dan sebagainya (lain orang,lain social website yang dekat di hati,hihihi)

Aku perhati ramai orang, lelaki terutamanya yang guna website seumpama di atas untuk berkenalan dengan seramai gadis yang mungkin. Nak tau cara kite mengesan orang-orang seperti ini? Senang je

1) Dia akan tanya kita tinggal di mana seterusnya kita masih belajar atau sudah bekerja (kalau kita cakap kita duduk atas kerusi, dia akan cakap kita loya buruk :)

2) Kalau kita jarang berbalas komen dan mesej, dia akan cap kita sombong (maaf la,masih banyak lagi aktiviti yang kami nak buat selain balas mesej awak 25jam sehari, 8 hari seminggu

3)Dia akan cakap awak comel, lawa, anggun dan lain-lain ayat pujian fizikal ( kalau awak buat tak hairan atau jual mahal, dia mula tidak dapat menerima kenyataan dan bermulalah perang kata-kata)

4) Dia cuba minta no telefon awak (Bahaya,jangan sekali-kali letakkan)

Aku tau, lain orang lain niatnya menggunakan social website dan tak semua berniat jahat.Cuma kita perlu berhati-hatilah. Dunia maya penuh dengan penipu, pemangsa seks dan macam-macam lagi yang tak muat untuk aku ceritakan. Pandai-pandailah ye.

P.S:Rasa nak letak je link kepada contoh-contoh orang yang aku sebutkan di atas, tapi nanti terdedah aib dia. Tak elok. Kamu semua cari la sendiri ye :)

2 comments:

atikah said...

mmg tak rasional... pada aku laki2x cam ni biadab... pd aku kdg2x kata2 lelaki2 yg biadab ni, x boleh pakai..saje nk test market kot..maybe sbb tak laku..huhu

Adiylia Majid said...

haha..i came across this type of people so many times..xyah link contoh2 pon dh phm. baru lawat blog imran dari link shepah.=)