BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 6, 2009

HBJ09:3Venus

Helo semua


31 Mei 2009 ,
Saya sampai lebih kurang jam 1.15 ptg, mujur acara belum mula. Lepas solat terus bergegas ke Annexe semula.Fynn dah mulakan puisinya. Sebagai orang yang minat puisi,tak ada masalah untuk saya menyerap dan menghayati persembahan beliau,penuh dengan gaya tersendiri yang dikatakan "freestyle" itu. Bila balik Aliah tanya kepada saya."Tak catat ke apa-apa masa persembahan?".Mungkin sebab sibuk dengan kamera video atau terlalu menghayati persembahan menyebabkan tiada sebarang alif mahupun a dicatit.Gantung mesej "bintang jatuh"pun tak.hehe

Persembahan Wani Ardy bersahaja. Paling saya rasa berkesan ialah lagu 'Knock-Knock Wonderment'sebab rangkap berikut:

"....The world is too spontaneous for confirmation, whatsoever
Maybe we should just go back to the days of secret admirers
Where love letters and chocolates were slipped into lucky lockers
...."

Banyak kebenaran kata-kata ni.

Dan seterusnya Ana Raffali mengalunkan lagu-lagu yang belum pernah saya dengar seperti 'kek merah','paint me' dan 'small heart'.Ada saya cakap tak?suara Ana merdu sangat terutama lagu 'Ketika (Aku Kecil)'.Irama lagu ni antara terindah pernah dengar.Baris ini sangat memberi makna:

"...bintang-bintang adalah lampu limpah bila kami menari angin membawa kelopak sakura turun ke bumi..."

Satu lagi lagu Ana yang beri kesan selepas 'Tingkap Kaca' .Kepada Ana Raffali terima kasih kerana:

1)Beri persembahan yang sangat hebat
2)Sign tiket saya
3)Bergambar bersama
DSC00515
DSC00516

3Venus Terbaik
Pulang dengan senyuman.Dapat cabutan bertuah t-shirt lagi.Seronoknya 
DSC00517

2 comments:

ms. ana said...

Ketika (aku kecil) mungkin antara lagu saya yang paling syok sendiri. :p haha.. terima kasih kerana datang, dan memberi sokongan, dan mendengar dan menghayati dan macam-macam lagi. saya terharu. ;)

rxn said...

sama2 kasih :)