BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 5, 2009

Kaca Angkasa

Aku kasihan dengan mereka

Yang tidak tahu beza kaca, permata

Aku kasihan dengan mereka

Yang tidak tahu syukur apa ada

Punya teman, kita lemparkan

Dunia luas, apa yang dihairan

Manusia mudah terasa

Merumitkan apa yang biasa

Apa perlunya dendam segala

Bila ada Tuhan dan karma

Apa jaminan kita kekal sama

Persetan kenal sebulan atau sedekad

Punya teman, kita lemparkan

Dunia luas, apa yang dihairan

Manusia mudah terasa

Merumitkan apa yang biasa

“Siapa yang mahu

menadah sambut

kaca dari angkasa?”

Yang kita betul hendak, seribulah menapak

Yang kita sudah enggan, melangitlah hujahan

Kita kaca bagi yang buta

Manusia mudah terasa

Merumitkan apa yang biasa

nota kaki: Aku harap satu hari kau faham

Song written and composed by Wani Ardy. Copyright © 2009 WaniArdy Tinta Enterprise.

0 comments: