BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 29, 2009

Deeper Conversation Sebenar

Cukupkah kau tahu,aku suka warna biru?Atau kau tahu,aku selalu bercakap benar dan percaya angkasa lepas?Ketakutan dan harapanku mungkin dapat dibaca. Kerana kebiasaannya perbualan sebenar berlaku dalam diri aku.Dalam diri kau.Dalam diri kita.


Aku sudah hidup 21 tahun,mungkin ada yang lebih,ada yang kurang umurnya. Tapi kita menuju tempat yang sama.Dimana kita akan ditanya tentang perbuatan kita.Baik atau buruk,lurus atau bengkok, hitam atau putih semua dipersoalkan.

Khilaf manusia,lazimnya lupa,jarangnya beringat.Sebab itu aku perlu kau,kau perlu aku,kita perlu mereka dan jaringan ini tidak putus selagi kita masih berpesan pada kebenaran dan kesabaran.

Sempena musim berkat ini,bantulah diri untuk munasabah. Barulah kita mencapai deeper conversation sebenar.

0 comments: