BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 23, 2009

Harapan Aidilfitri

Sempena dengan kesinambungan (ramadhan) bulan mulia ini, ada beberapa harapan yang ingin di kongsi bersama


1) Harapan agar sifat-sifat baik di waktu ramadhan dapat terus diamalkan (selalu ke surau dan masjid, kurang marah, tidak mengumpat, banyak bersabar)

2) Harapan agar kita turut sama berkongsi rasa buat mereka yang berduka di hari raya. (orang miskin,warga tua yang ditinggalkan anak-anak,kemalangan, kebakaran, tragedi tak diingini)

3)Harapan agar kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita.Juga mendalami semangat dan suasana aidilfitri yang sebenarnya.(Apakah "kemenangan" yang kita peroleh lepas sebulan berpuasa)

Selamat hari raya kawan-kawan.Maaf atas salah silap dan senda gurau.Halalkan makan minum :)

0 comments: