BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 26, 2008

Post Holiday

Cuti aku memang dah berlalu,tapi cuti kali ni agak berbeza sebab aku tak berasa bosan, cuti terisi dengan benda-benda yang aku suka buat, menulis, berangan, pergi jalan-jalan, dan berjumpa teman wanita :P


Selalunya kita tak sabar nak jumpa kawan-kawan bila mula semester baru tapi aku mula sedar yang mereka memang ada di mana-mana, bila cuti jumpa kawan ini, bila di uia jumpa kawan itu.
Memang untung ada banyak kawan, rasanya tak perlu la k0t aku ceritakan mengapa, kalian pasti dah faham. 

Mula semester baru bermakna dah masuk episode 2 sophomore  year aku di uia. Uia tetap sama, mungkin aku yang kena berubah. Usaha lebih bukan usha lebih. Aku yakin belum terlambat untuk buat yang paling baik.

Dan itulah sahaja.kawan-kawan sekalian, basuh muka anda, pakai kemas-kemas dan bersedia untuk tempuh hari mendatang

"Brace Ourselves"

Tempat aku duduk hanya salah satu tempat di dunia,
Mungkin ia sama dengan tempat kamu,
Atau terlalu berbeza,

Tapi bila kamu perhatikan dengan teliti,
Mungkin kamu dapat lihat seseorang seperti kamu.

1 comments:

wani mangat said...

ur mom said::
"usha lbey ye nak oi..parang ni pon da lm umi asah..biase ye"