Sabtu 13 Dec- 10.30am
Aku jalan kaki pergi stesen KTM, semangat gila aku nak pergi cepat supaya tak miss performance kat RANtai. Bila aku sampai lebih kurang 12.12 pm, performance tak start pun lagi. Em,ok lah boleh pusing2 booth yg tak banyak dan masuk dalam. Masa ni crowd tak ramai jadi agak selesa la aku nak tenung lama-lama pun karya-karya kat dinding tersebut.Masa ni pun dah berpeluh-peluh kat dalam tu,macam mana la bila orang makin ramai nanti... Lomokids ada kat dalam.NICE sempat la beli sikit
Lepas lepak-lepak kat luar aku nampak Static Emily, aku perasan sebab nampak Kak Yaya,bandmates dia aku tak kenal pun,haha.Aku tak ingat dengan tepat bila performance start tapi mungkin sekitar pukul 1 dimulakan dengan band Sorganina (vokalis dia macam AG dj HotFm,lebih cool mungkin)Lagu-lagu mereka pun boleh tahan.
Lepas tu Static Emily pun mula,aku dah teruja, terngiang-ngiang aku lagu "menjauh" padahal deme baru sound check.haha. Diorang perform 4 lagu yg aku ingat cover Sum 41 "in too deep". Lagu ni membangkitkan memori tingkatan 2 dulu bila aku selalu lambat pergi prep sebab dengar lagu-lagu mereka.Haha.Ye!aku memang masih ingat lirik dia walaupun dah lama tak dengar.Lagu akhir sekali mestilah menjauh.Woh.aku dah macam high saja bila dengar lagu tu.
The Fridays ambil stage lepas tu.MC cakap diorang energetic dan tanpa segan silu ajak crowd lompat2 sekali.Haha,tapi semalam semua orang bersopan pula. Aku suka cara dia perform, kelakar dan unik tapi best, kamu kena lihat sendiri baru faham apa yang aku cakap.Haha.
Aku perasan yang abang vokalis The Fridays ni senior sekolah rendah dulu.Patutlah familiar.
Static Emily (Yaya dan Shaz) tak sengaja shoot mereka (shot sebenar banglo merah)
The Fridays tengah kemas-kemas lepas perform (yang kanan vokalisnya)
Salah satu sebab aku suka pergi RANtai ialah sebab aku suka observe orang.Lihat saja bukan melabel.Lihat mereka ketawa,lihat mereka senyum bersama si dia, macam-macamlah yang boleh dilihat.Lihat kehidupan,lihat pemuda-pemudi yang datang untuk bersuka-ria. Mungkin mereka-mereka ni ada masalah diluar tapi bukan disini. Disini tempat dimana kita semua sama,Sama suka pergi booth,sama suka muzik,sama suka photography dan lomo,sama suka bersesak-sesak. Dan ini dibuktikan bila hujan mula turun dengan lebat.Semua orang cari tempat berteduh.Tak kira betapa skinny nye seluar mereka,atau berapa banyak perapi rambut yang diletak sebelum keluar rumah,atau betapa pendek skirt mereka semuanya menuju dalam bungalow dan khemah2.Aku pun basah beb.
Lebih kurang pukul 4.15pm hujan reda aku pergi balik ke sana. Masa ni aku lepak tepi rumah tu lepas tu Andy Flop Poppy datang.dia pun datang berteduh dekat tepi rumah. Aidit Alfian pula menyusul,mereka ni rupa-rupanya The Marhaens yang disebut-sebut.Masa ni aku dah terasa aura-aura Ana Raffali dan memang betul dengan begitu comel dia datang depan aku nak berteduh sebab hujan masih renyai.MC announce performance sambung 5pm.Great!aku dah tak sabar nak tengak Ana perform.Ni kali pertama aku tgk dia secara live jadi memang aku teruja gila.Dah la dia comel dan sopan.Haha.Lepas tune semua diorang start play lebih kurang 4 lagu. Masa lagu pertama aku teringat si dia yang jauh disana.mood lagu mungkin.Haih,kan bagus kalau awk ada kat sini.Tapi tak mengapalah.itu bukan ceritanya,masa lagu "Hujan Bunga di KL" dan "Tingkap Kaca" dengan daun-daun gugur kat situ penuh romantik.memang aku rasa nak slow dance je,tapi dengan siapa?Haha.imaginary dance je la mungkin.Akhir kata aku memang seronok.Cuma bila memikirkan aku datang seorang diri,tgk performance seorang diri dan balik seorang diri...entahlah mungkin kurang seronok disitu.
Ana Raffali yang buat aku terbang dengan lagu-lagunya
Dan itulah...
ps: kak Ana,kakak nak jadi kakak saya tak?(nada iklan celcom)
5 comments:
hi Imran,
boleh la cukupkan kuota. ;p terima kasih kerana sudi mendengar dan membaca dan menulis sekali.
same2...insyaAllah akan terus dgr,baca dan tulis lagi...dan lagi
kak ana raffali komen blog...terujanya sy..;D
ahh wished i came on saturday too! friday was way hambar lah!
sayang tak tau event ni ade......
nk je aku pi...
seyra-yup..saturday kinda cool walaupun hujan lebat di tgh2
safwan-next time ada lg aku ajak ok:P
Post a Comment