BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 10, 2008

AidilFitri Sebuah Kemenangan (late entry)

Semasa entry ini ditulis telah lewat sebulan berlalunya syawal. Kita tertanya-tanya apakah kita atau sememangnya edaran masa selalu membunuh kita. Tidak, bukan salah masa juga bukan keadaan tetapi itulah hakikat yang perlu diterima. Hari ini kita berdiri segak, hari ini kita tertawa ria, hari ini kita penuh teman mesra, hari ini penuh suasana yang mungkin tiada bila hari esok tiba. Semasa kita berpuasa kita diuji,sebenarnya hidup ini satu ujian. Setelah tiba syawal, apakah kemenangan yang kita telah capai?Medan tempur mana yang telah kita kerjakan atau tinggalkan? Kita risaukan jika kertas KIMIA SPM tidak mendapat A, juga risaukan jika adakah hari esok kita dapat hidup gembira dengan apa yang kita impikan. Tapi saya percaya, jarang sekali persoalan hidup kita di alam sana pantas kita fikirkan. Dunia hari ini berputar dua hala. Yang baik kadangkala tidak terdaya menasihati saudaranya yang sesat dan yang tersesat pula seperti tidak mahu pulang kepermulaan jalan. Rangkap atas ini tidak dituju kepada sesiapa.Kerana kita manusia yang tidak sempurna dan saling perlu jika haluan ini sering tersasar di dorong iblis dalam jiwa

-Untuk teman-teman,ku doakan kita dijauhkan
dari segala kemungkaran

1 comments:

atikah said...

amin~ semoga kiter jauh dr kesesatan