BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 17, 2008

Oops!Oh!Ok!Patut lah

Semalam saya menemankan Haziq ke sekolahnya,SKS 20 Shah Alam. Keadaan seperti biasa cuma mungkin minyak di kereta agak kering. Tidak mengapa itu bukan cerita hari ini. Bila sampai di sekolah, panggilan alam men-dial saya jadi saya carilah tandas yang terdekat. Mungkin kerana ia tidak tertahan atau mata saya yang tidak perasan saya masuk lah satu tandas di tingkat bawah tertulis tandas murid tahun 6 dan tahun 2. (Untuk sesi petang dan pagi). Saya dapati tandas itu agak bersih dan begitu jauh berbeza ketika saya di sekolah rendah dulu (sekolah lain). Dengan kotoran ,lampu rosak jadi gelap juga sogokan-sogokan cerita hantu makan budak membuatkan saya tidak berani ke tandas semasa sekolah dahulu.Setelah selesai saya keluar dan agak terkejut kerana baru sekarang saya sedar tulisan murid tahun 6 dan tahun 2 itu disertakan dengan gambar bentuk orang memakai skirt.Oops!Oh!Ok!Patutlah

ps:mujur tiada orang disekeliling ataupun pengawas sekolah untuk mencatat nama saya =)

2 comments:

atikah said...

hakhakhak...mujur tade panggilan alam men-dail budak2x kecit yg pakai skirt..kalo tak......mereka2x akan jerit..." cikkkkkkkkkkkkkkkkguuuuuuuuuu.....ader org lelaki dlm tandas...nk culik sy....." hehe

safwan said...

wakakakaka!