BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 17, 2008

Tentang Musik

Siapa yang tak suka dengar musik?Mungkin umi saya boleh dikecualikan kerana dia agak pening mendengar lagu-lagu terutama playlist anaknya yang bernama Imran ni =)Hendak dibahaskan tentangnya memang tidak berpenghujung kerana ia subjektif,putih bagi seorang mungkin jingga bagi yang lainnya. Semasa kecil, umi saya selalu beli kaset nasyid kanak-kanak. Agak menarik kerana di dalamnya ada cerita banyak nasihat lagu pun tidak kurang kualitinya. Saya masih ingat lagi lagu ikan nun,lagu ibu semuanya ada. Tahun 1995 saya dikenalkan dengan Raihan, Umi juga yang beli dan kami selalu dengar dalam kereta sewaktu nak balik kampung. Sebenarnya zaman sekolah rendah saya didedahkan dengan lagu-lagu nasyid yang di beli umi. Abah kurang berminat dengan hiburan hingga sekarang cuma kadang-kadang dia singgah ke Yahoo!Sports. Semasa tahun6, BSB dan Boyzone pernah menjamu halwa telinga. Mungkin kerana pengaruh rakan sekelas dan juga akhbar ketika itu saya tertarik untuk membeli kaset-kaset mereka. Seterusnya, band yang saya dengar dan beli kaset ialah limp bizkit(chocolate starfish and hotdog flavoured water) dimana abah marah saya sebab liriknya penuh maki hamun dan kata-kata kesat. Saya amat naif dan tak boleh dipersalahkan, ini salah MTV! Hingga sekarang saya terfikir mengapa saya boleh mendengar lagu yang agak berat tu (limp bizkit). Tapi tak mengapalah, pengalaman mengajar kita =)
Seterusnya saya mendengar band seperti Metallica and Scorpion. Wah! back to the future. Lagu yang saya harap dapat mainkan ketika itu ialah Nothing Else Matter (Metallica). Juga ada satu band baru ketika itu yang membawa genre mirip Metallica tetapi saya lupa namanya.

Ketika di Tingkatan satu saya mula mendengar punkrock dan agak lama saya mengikutinya (lewat 2005) band-band seperti Sum41,Greenday,Blink 182 menjadi kegemaran saya (hingga sekarang). Saya rasakan detik inilah saya mula mengeksplorasi genre-genre rock yang lain sehingga ia begitu dekat dengan saya. Jika saya senaraikan band-band yang saya dengar mungkin terlalu banyak kerana kesan eksplorasi tadi.Saya ada kawan, Firdaus a.k.a Tibang (schoolmate Lenggong) yang berkongsi minat muzik yang sama cuma dia lebih pilihan lagu dia lagi keras dari saya (Slipknot) dan pelbagai lagi. Mungkin sekarang dia dah berubah minat. Saya juga ada kawan,Hakimi (schoolmate Lenggong) yang mendengar lagu-lagu dari Nelly (r n b).
Dulu agak selalu juga saya mempersoalkan minatnya itu tetapi sekarang mungkin tidak kerana saya dah matang =)

Jika anda peka, mungkin anda perasan band-band yang saya sebutkan di atas kebanyakkan nya dari US. Saya kurang didedahkan muzik dari UK yang sebenarnya pada pendapat saya lebih menarik.Saya rasa Aidzat (roomate) akan setuju dengan kenyataan saya ni. Perkembangan saya mendengar muzik-muzik UK ini sebenarnya seiring dengan saya mendengar muzik indie tempatan.Agak pelik kan? Saya mendengar Hujan (sebelum mereka keluar dicorong radio) terlebih dahulu sebelum mendengar The Strokes. Kemudian band-band seperti The Fratellis,Nightmare of You sering menjadi teman ketika tiada kelas. Berbalik kepada indie tempatan, pada pendapat saya baru-baru ini saja ia mendapat sambutan kerana pelbagai faktor. Contohnya cerita KAMI,kewujudan Myspace sebagai platform dan saluran seperti 8TV yang mencari kelainan. Saya rasa underground band ketika saya masih sekolah rendah dahulu pun telah banyak seperti Prana, Roots n Boots,Carburetor Dung dan banyak lagi. Tapi sejujurnya kan jika dulu saya memang tidak berani ke gig-gig kerana persekitarannya mungkin.Gig-gig sekarang lebih "selamat" malah saya pernah membaca ada juga penganjur yang memberi laluan untuk solat Asar,bagi saya ia perkembangan yang sangat memberangsangkan.
Ada juga kawan-kawan saya atau kawan kepada kawan yang telah pun berjaya mendapat tempat dalam dunia indie tempatan (Couple) kepada yang berkenaan,kami tetap menyokong anda!

Muzik santai seperti Yuna, Ana Raffali and Wani Ardy juga menjadi pilihan saya. Jika ada peluang,pasti tak saya lepaskan peluang pergi ke persembahan mereka.Akhir, muzik ini adalah hiburan. Pilihlah asalkan tidak bertentang dengan Syariat. Tidak perlulah difikir mana yang hebat, mana yang masuk, mana yang sesuai kerana ia harus dinikmati bersama. Anggaplah ia seperti ice-cream kerana walau apa pun perisanya tetap dapat memberi kepuasan bergantung pada setiap individu yang berlainan minat

ps:musik is not life, it's only part of it =)

1 comments:

safwan said...

aku dah link blog ko kat aku....